Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Persidangan Antarabangsa ke VII Pendekatan Antara Mazhab pada hari berlangsung Sabtu lalu dengan tema "Peranan Taqrib dalam menghadapi sektarianisme dan membela masyarakat". Antara yang turut hadir ialah tokoh-tokoh dan pemikir-pemikir muslim terkemuka dari berbagai negara. Kenyataan yang dikeluarkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:
1. Betapa pentingnya gerakan merintis Taqrib secara serius dalam kegiatan mendekatkan dan menyatukan masyarakat Islam walaupun wujud banyak masalah dan penghalang proses Taqrib. Kami sebulat suara bahawa misi Taqrib bukan sekadar direalisasikan melalui nukilan ucapan semata-mata, dengan itu para peserta dalam persidangan ini menegaskan bahawa metodologi penerapan misi hendaklah berada dalam format "Dokumen Kerjasama" di kalangan mereka yang memilih Taqrib sebagai jalan yang lurus. Selain itu terdapat dua fokus utama dalam "Dokumen Kerjasama" ini.
Pertama: Penyelidikan metodologi-metodologi bagi merealisasikan dimensi-dimensi gerak kerja Taqrib.
Kedua: Persetujuan dokumen tersebut dan sokongan semua pihak dari kalangan ulama dan cendiakawan dapat menjadi langkah-langkah penting dalam melancarkan kesejahteraan masyarakat di negara-negara Islam.
2. Sektarianisme merupakan aspek-aspek bahaya sementara perpaduan umat Islam benar-benar diancam pihak musuh dan sekutu-sekutu jahil mereka. Ianya sudahpun bertukar menjadi latar penyuntikan pengaruh dan perlaksanaan progam-program pihak asing. Dengan solidariti, proses kemasukan pengaruh ini dapat dilumpuhkan. Dari sisi lain peningkatan program-program kebudayaan dapat menjauhkan risiko-risiko bahayanya dari umat Islam.
3. Para peserta mengemukakan usulan pembentukan sebuah suruhanjaya dengan penyalarasan sekretariat bagi tujuan mencari jalan penyelesaian secara amali dan garis panduan yang mampu mencegah perluasan skop fitnah ini.
4. Hendaklah diumumkan pengistiharaan rasmi tentang tidak ligitimasinya saluran-saluran satelit yang menyebarkan fitnah dalam program-programnya. Dalam konteks ini, kenyataan terbaru Rahbar, Ayatullah Sayid Ali Khamenei tentang media-media yang melancarkan program-program atas nama Syiah di London dan Amerika dapat diingatkan kembali. Bagi orang yang dapat memberikan pengaruh dalam perkara ini hendaklah secara langsung mengecam seluruh pendekatan saluran-saluran ini di samping mengistiharkan tidak legitimasinya mereka.
5. Sikap meminta bantuan pihak asing dalam beberapa topik yang bersangkut paut dengan dunia Islam merupakan fenomena yang buruk. Malangnya fenomena ini telah dibiaya dengan dana negara-negara Islam. Bahayanya di sini ialah ianya merupakan keizinan supaya negara-negara Islam dijajah sedangkan jalan keluar bagi masalah dalaman dapat ditemui di kalangan sesama umat Islam.
6. Para peserta dalam persidangan menyambut baik setiap langkah dan usulan yang membantu kesetiakawanan dan kesatuan. Dalam halatuju ini, peserta-peserta memaklumkan sokongan mereka terhadap perjanjian yang telah ditandatangani pada hari Khamis lalu (19 September 2013).
7. Mengenai cadangan yang diutarakan dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini tentang memperkenalkan persidangan ini sebagai sebuah institusi bersama misi-misi, program dan sekretarian bebas, maka dengan ini usulan penubuhan pejabat Majma' Jahani Taqrib Bainal Mazahib Islam di Britain telah pun dinilai dan persidangan ini menganggap bahawa ianya adalah sebuah gerakan yang mempunyai harapan.
8. "Keluarga", yang melakarkan peranan efektif bagi menyumbangkan kebudayaan Taqrib dalam masyarakat Islam, memainkan peranan untuk menerapkan pengaruh bererti dalam mendidik anak-anak yang berproporsional dengan kebudayaan ini, termasuklah peranan wanita Islam dalam dimensi ini dianggap terlalu penting. Dengan ini persidangan memberikan usulan agar sebuah seminar dianjurkan dengan tujuan menyelidik apakah cara pendidikan yang paling baik berasaskan format kekeluargaan yang dapat mengukuhkan kebudayaan Taqrib.
9. Palestin merupakan prioriti bagi dunia Islam, dan semua orang hendaklah berdiri menghadapi aksi-aksi tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat negara tersebut. Pendirian tegas perlu diambil dan pengistiharaan perlu dibuat tentang pelanggaran hak asasi bangsa Palestin. Hak-hak rakyat negara tersebut hendaklah di pertahankan disampingkan mengutuk kekerasan yang dilakukan rejim Zionis.
10. Negara-negara Islam memikul tanggungjawab besar dalam menghadapi sektarianisme, terutamanya di zaman ini di mana bahayanya sudah merebak dan infrastruktur negara-negara Islam sedang diancam. Menangani fenomena ini secara serius tidak mungkin terlaksana melainkan dengan usaha bersepadu dari pihak masyarakat dan pemimpin politik. Selain itu negara-negara Islam hendaklah tidak bersimpati kepada mana-mana pihak dalam memerangi pihak yang lain dalam sebarang persengketaan.
11. Beberapa cadangan penting para peserta dalam persidangan ini adalah seperti berikut:
A) Pengasasan sebuah laman sesawang yang aktif dan berkesan, termasuklah rangkaian-rangkaian sosial di markaz Islam bagi menyampaikan berita secara tepat di samping mewujudkan interaksi dua pihak di kalangan pusat ini dan masyarakat.
B) Usaha bagi menerbitkan buku yang mengandungi pelajaran pendekatan antara mazhab Islam dan tindakan memasukkan kitab-kitab ini di dalam sukatan pelajaran di sekolah.
C) Penubuhan saluran satelit yang aktif menyampaikan dan merealisasikan misi-misi Taqrib.
D) Menganjurkan pertandingan penulisan makalah dengan mengundang para penulis dan penyelidik bagi mengarang kitab berasaskan latar belakang falsafah Taqrib dan metodologi ilmunya. Sementara itu hadian-hadiah bagi makalah yang terbaik hendaklah dipertimbangkan.
12. Memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berusaha menjayakan persidangan ini terutamanya mereka yang berkerja di balik tabir, termasuk juga media-media yang memberikan liputan dengan sebaiknya. Kami berharap seluruh umat Islam berada dalam kebaikan dan mendapat taufik.


















